SERAMA BACHOK

SELAMAT MELAYARI BLOG SERAMA BACHOK ( SB ) SEADANYA .



BERSAMA MEMBANGUNKAN NILAI SENI



Alhamdulillah setelah sekian lama meminati serama,kini setelah mempunyai tempat dan baka terpilih dari Terengganu,kini impian selama ini dapat dipenuhi.Hakikatnya 'darah' cukup penting untuk tujuan pembakaan..BAKA utama Serama Bachok ( SB ) hanyalah dari Reban Shamsul dan Mat Yar Terengganu yang terkenal dengan Rejet dan Submerine.















Maklumat lanjut mengenai SB juga boleh di dalam facebook SERAMA BACHOK























































Sunday, February 27, 2011

ENTAHKAN JADI,ENTAHKAN TIDAK

 SERI AMAN,satu persembahan untuk teman - teman.
Tunduk Hormat!

 
                                                                                 Menjulang Melihat Bulan ,
                                                                            Sambil Merenung Masa Depan.

Namun `aku` serahkan pada takdir.Ayam ini lah yang jadi penawar tunggal Reban SB,yang lain - lain masih `bayi` belaka.

Tuesday, February 22, 2011

Anak Baka 5000

Gambar terbaru ( 2/3/2011).Gambar di bawah yang kanan
( Sudah dijual 2 ekor RM 500.00 kepada peminat serama dari Kedah )
Di antara anak - anak versi 2011.

Ayam ni telah bertukar warga negara.( Anak kepada Bapak Rejet )
Sebenarnya sebelum ayam ini dijual sempat dimasukkan induk,terutamanya sebelum ke tempat pertandingan.Dinamakan `Baka 5000` sempena harga jualan.Gambar anak - anak ( di atas ) adalah Baka 5000.Ayam Baka 5000 ini adalah antara bukti kehebatan teori genetik dan SB amat berpegang pada teori ini dalam menentukan untuk pemilihan `darah` bagi `memasukkan` ayam serama atau burung terkukur.InsyaAllah jika berkesempatan kita bercerita pasal burung terkukur untuk pertandingan.

Monday, February 21, 2011

UKI

UKI masa kecil tak `lulus puspakom`,tapi bila masuk remaja baru menunjukkan gaya dan kini telah masuk kategori tanpa lawi.Disebabkan kehadiran UKI Reban SB telah menjadi kunjungan tetamu dari dalam dan luar Kelantan.Kini baru `dikahwinkan` dengan induk dara.Harap - harap mendatangkan hasil yang `lulus puspakom` sejak dari kecil.UKI adalah campuran darah Rashid Marang ( bapak ) dengan `Rejet Shamsul`
Ayam di atas juga telah dijadikan pembaka.Ia merupakan adik beradik seibu sebapa kepada `ayam legenda` ( SUBMERINE ).Beli masa anak A dari Mat Yar Kuala Terengganu,empunya asal Submerine.
Di antara anak - anak generasi pertama reban SB.Anak kepada Bapak Rejet dengan induk darah Submerine asli ( Shamsul dan Mat Yar ).Syukur dan terima kasih khas untuk kedua - dua rakan yang banyak memberi bimbingan dalam teknik` in line breeding`.

Baka Rejet dan Raja Kibas.

Raja Kibas yang begitu aktif sebagai pembaka dan sekali - sekala dibawa ke meja pengadil untuk mencari hadiah,di samping bersantai bersama teman - teman.

Gambar yang ke dua juga pembaka utama dari anak Rejet asli dari rumah Shamsul,Kuala Terengganu.Potongan badan dan aksosori yang menarik yang memenuhi ciri - ciri ayam serama asli.

REBAN MAJMUK

Reban utama Serama Bachok yang menempatkan serama,burung terkukur dan burung merpati.Jumlah penghuninya yang sudah ke tahap optimun,memaksa SB membina reban tambahan.

Inilah reban tambahan yang terhasil dari kerja tangan SB,walaupun terdapat banyak kekangan masa.Namun kerana terpengaruh dengan teman - teman yang kebelakangan ini banyak membina reban,SB pun terpanggil sama.

Sunday, February 20, 2011

Gila-Gila Merpati

MERPATI..
Hobi yang semakin tinggi nilai komersil.Sudah ada yang harganya lebih dari 10 ribu sepasang.Dengan versi pelbagai spesis,ditambah lagi dengan kewujudan warna `mas 10` dan `cutting` yang menarik makin `up` harganya.Serama Bachok ( SB ) sendiri pun dah banyak buat pelaburan.Kini sudah ada jenis Norwish,American Paintail,Jacobin,Aji,Pigmie,Santenet,`layang`,lahore mas 10 dan terbaru marina mas 10.